Saturday 27 October 2012

Tambahkan Pendapatan Dengan Saham

Tuan-tuan dan Puan-puan , pada hari ini saya akan membahaskan tentang penjanaan pendapatan anda dengan bermain saham . Sebelum itu lebih baik saya menceritakan serba sedikit latar belakang saham ini . ( ada gaya macam pemidato tak ?? )
Saham merupakan pelaburan yang menunjukkan pemilikan terhadap sesebuah syarikat . Apabila anda membeli saham , anda sebenarnya membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat : kadar pemilikan atau ekuiti bergantung kepada jumlah saham dibeli . Lazimnya saham yang diterbitkan ialah saham biasa . Pelabur membeli saham syarikat kerana mereka ingin memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka .

Sorry saya ini bukan remiser saham . Saya hanya insan tak punya apa-apa ( cewaaahhh !! ) . Tapi berbalik kepada saham ni , kebelakangan ini banyak blog dibangunkan berkaitan saham dan banyak ads tentang saham . Wow ! Dah jadi fenomena macam pelaburan emas dulu .

Kepada sesiapa yang dah join ataupun baru nak join selamat mencuba . Banyakkan mengkaji dan memerhatikan kenaikan dan penurunan sesuatu saham supaya anda jadi faham . Jangan tahu klik nak membeli lepas itu tanggung kerugian . Saham sama sahaja macam berjudi . Cuma berjudi itu confirm-confirm tokey yang menang , tapi saham ini nak dapat untung pada kajian kita sendiri . Akhir kata selamat maju jaya .

No comments:

Post a Comment