Tuesday 16 October 2012

Cara Nak Hilangkan Bau Kaki

Kaki berbau sering menjadi masalah kepada hampir setiap orang yang menggunakan kasut . Walaupun kasut tersebut telah dibasuh , memakai stoking yang baru namun bau tersebut tetap ada . Ia menyebabkan kita berasa kurang suka untuk membuka kasut di kawasan terbuka . Takut di cop muka lawa tapi sayang kaki nya bau cekam ! Disini terdapat tips atau petua bagaimana nak hilangkan bau kaki









Gosok pada celah-celah jari
Setiap kali mandi jangan lupa untuk membersihkan celah-celah jari kaki . Mengapa ? Celah jari merupakan kawasan paling lembap sekiranya dibiarkan kotor dan ia boleh menjadi penyebab bau yang kurang senang timbul .

Potong kuku
Rajin-rajinkanlah diri itu untu potong kuku . Jangan biarkan kotoran berkumpul pada kuku . Selain daripada pandangan yang tak menyenangkan ia juga penyumbang pada masalah bau kaki .

Rendamlah dengan teh
Teh dipercayai mampu membantu menghilangkan bau yang tidak sedap . Rendamlah kaki di dalam air suam yang dicampur dengan hampas teh dalam tempoh 10 minit .

Serbuk kopi
Selain teh , serbuk kopi juga mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan . Bungkus kopi di dalam kain bersih kemudian masukkan ke dalam kasut semalaman .

Pola makanan
Cara pemakanan juga menjadi pendorong kepada masalah bau kaki ini . Oleh itu kurangkan makan makanan yang pedas kerana ia menyebabkan cepat berpeluh . Pengambilan makanan berkalori tinggi juga penyumbang kepada masalah ini .

Materia kasut
Ternyata material kasut juga mempengaruhi bau kaki . Bahan plastik cenderung membuatkan kaki lebih mudah berpeluh kerana panas .


Selamat mencuba .

1 comment:

  1. bestnya rendam kaki dalam air suam...hilang penat satu badan! hehe :P

    ReplyDelete