Monday 15 October 2012

Tips Supaya Menjadi Tarikan Seorang Lelaki

Inginkan tips supaya menjadi seorang wanita yang hotstuff !! or membuatkan lelaki ta henti2 daripada cuba mengorat kamu ? Tahu apakah itu gadis 7k ? Apakah 7k yang di dambakan oleh seorang lelaki terhadap seorang wanita . Ingin tahu ?






Komitmen
Lelaki mencari gadis yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam perhubungan. Komitmen yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menepati janji , malah ia bersifat saling menghargai . Jika kamu ataupun dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , sudah pastinya hubungan kamu akan berpanjangan .

Konsisten
Gadis yang konsisten mempercayai kekasih hatinya akan menjadikan suatu hubungan itu berjaya . Sebagai seorang gadis , dia melihat haruslah mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa sebarang syak wasangka .

Kawalan
Jangan menjadi Queen Control kerana kamu membuatkan kamu dibenci si dia .

Kejujuran
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan . Bukan sahaja dari segi perbuatan malah percakapan .

Kritikan
Lelaki sukakan gadis yang tahu memberikan kritikan kepadanya tetapi dengan cara berlapik . Mana ada manusia yang suka dihina secara terbuka kan ?

Kerjaya 
Kebanyakkan lelaki sekarang suka mencari pasangan yang sudah bekerjaya supaya keluarga mampu terbentuk dengan lebih teratur .

Kompleks
Gadis selalu menganggap kaum yang kompleks , namun sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah . Mereka mahukan pasangan mereka iaitu seorang gadis yang masih mengamalkan tradisi dan penuh budi bahasa . Janganlah kata si dia berfikiran primitif , sebenarnya itulah yang terbaik untuk hidupnya di hari kemudian .

1 comment: