Wednesday 31 October 2012

Taufan Sandy Melanda Malaysia

Gempak dan hangat benar cerita pasal Amerika Syarikat ni . Kalau sebelum pasal serang sana serang sini , pasal Barack Obama vs Nitt Romney , kali ini dikejutkan pula dengan kedatangan taufan Sandy yang menghentam New York . Memang kenalah nama nya Taufan Sandy, sebab gempar berita ini kat Malaysia macam Taufan Sandy toh .
Perghh . Gempak betul kau ya Amerika , tak habis-habis mengejutkan dunia ! Disebabkan hentaman Taufan Sandy tersebut Amerika Syarikat mengalami kerugian berbilion ringgit . Malah berkemungkinan ekonomi dunia akan jatuh merosot kerana insiden tersebut .

 “Apabila Allah menurunkan azab keatas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Riwayat Al Bukhari).
Nasib baiklah negara Malaysia ni tak dagangkan mata wang dengan Amerika Syarikat , tidak ekonomi kita sekali haru biru dibuatnya . Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana diharapkan agar anda semua tabahkan hati dan banyakkan berdoa supaya diselamatkan daripada menjadi mangsa-mangsa badai yang sedang berlaku ataupun mungkin berlaku.



No comments:

Post a Comment