Monday 15 October 2012

Makanan Halal Jadi Haram

Makanan halal jadi haram ? Kenapa pulak camtu ? Tak pernah dengar pulak statement makanan halal jadi haram . Yang tahunya makanan haram jelah . Can u explain to me please ! Excited aku nak mendengar jawapan daripada budak kecik ni .
Makanan halal boleh menjadi haram disebabkan cara kita mendapatkan makanan itu . Contohnya makanan tersebut kita beli menggunakan duit yang haram , keduanya makanan halal itu kita dapatkan dengan mencuri dan ketiga kita makan makanan halal itu tanpa keizinan pemiliknya .

Makanan halal boleh menjadi haram juga kerana jika berasa was2 dalam memakannya . Apabila kita sudah mempunyai perasaan was2 walaupun sedikit , secara automatiknya makanan halal itu menjadi haram . Sekiranya kita makan jugak maka kita akan mendapat dosa ibarat kita makan makanan haram juga .

Seterusnya jangan mudah salah sangka . Kalau tengok sahaja kedai cina timbul rasa geli dan automatik cakap haram . Memang kalau boleh elakkan minum di kedai cina namun untuk pengetahuan kedai cina pun halal di minum . Contoh , air yang digunakan untuk membancuh air di kedai cina sama ke tidak dengan di kedai melayu ? Milo yang digunakan di kedai cina sama ke tidak dengan milo di kedai melayu ? Gula yang digunakan di kedai cina sama ke tidak di kedai orang melayu ? Sama kan ? Tentang pembancuh sebab nak kata cina ni pengotor ? Tangan tak basuh ? Xbasuh berak ? Kita nampak ke semua toh ? Kalau kita tak nampak semua toh namun kita mengatakan sebegitu jatuhnya fitnah . Sesungguhnya dosa mengfitnah lagi besar daripada dosa membunuh . Kalau budak pun tahu bercakap statement macam ni malu lah kita yang dah dewasa ni berfikir di takuk lama , not open minded sangat ek . So don't judge a book from its cover !


No comments:

Post a Comment